12 May 2016

Analisa PRN Sarawak ke-11 (2016) Part 1



  • Pada 7 Mei yang lepas, di Sarawak telah berlaku 1 Pilihan Raya Negeri 2016 bagi memilih kepimpinan negeri. PRN ini diadakan pada setiap 5 tahun sekali dan keputusan kali ini menunjukkan BN menang selesa dengan memperolehi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Dari aspek undi popular pula, BN berjaya mencatat peningkatan sebanyak 8% iaitu daripada 55% pada PRN 2011 kepada 63.88% pada PRN 2016.

  • Manakala, bagi pihak pembangkang pula, DAP hanya memperolehi 7 kerusi dan PKR sebanyak 3 kerusi. PAS dan AMANAH pula kalah di semua kerusi yang dipertandingkan. DAP juga hilang sebanyak 5 kerusi berbanding PRN 2011 dan berlaku "Giant Killing" di Piasau yang merupakan kubu kuat DAP. Manakala, PKR pula menyaksikan mereka berjaya mempertahankan 3 kerusi yang disandang sebelum ini dan berlaku pertambahan majoriti di beberapa kerusi. Bagi pihak PAS pula, mereka hilang wang deposit di 7 kerusi daripada 11 kerusi yang dipertandingkan. Sementara di pihak AMANAH pula, mereka hilang wang deposit di 9 kerusi daripada 13 kerusi yang dipertandingkan.

  • PAS dan AMANAH merupakan parti yang berasaskan agama. Pada PRN kali ini kedua pihak hanya memperoleh undi popular sebanyak 1.7% bagi PAS dan 1.24% bagi AMANAH. Hal ini membuktikan bahawa parti berasaskan agama masih belum mendapat tempat di hati masyarakat Sarawak. Jika kedua pihak masih berkira-kira mahu bertanding atau cuba mendapatkan anak sulung di Sarawak, justeru kedua pihak haruslah terus agresif dan memperkasakan jentera dalam mempromosi dan memperluaskan jenama PAS sehingga menjadi 1 norma dalam masyarakat Sarawak. Hal ini dibuktikan pada tempoh berkempen dan hari pengundian, masih ada rakyat Sarawak yang mempunyai akses maklumat yang terhad tentang PAS dan AMANAH. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi undi yang diperoleh.

  • Manakala di peringkat PKR pula, pertambahan bilangan majoriti di kerusi yang berjaya dipertahankan menunjukkan sedikit sebanyak bahawa wakil PKR berjaya melaksanakan tugas mereka selaku wakil rakyat. Hal ini dipercayai dipengaruhi oleh isu NCR yang sering diperjuangkan oleh pihak PKR. Selain daripada itu, di Telang Usan, BN hanya menang dengan majoriti kecil. Faktor majoriti yang kecil ini berhubung rapat dengan Empangan Baram yang berkait rapat dengan ekosistem. Walau bagaimanapun, PKR gagal untuk menambah sebarang kerusi dalam PRN kali ini. Antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan pertambahan kerusi adalah pertembungan sesama parti pembangkang di beberapa kerusi terutama dengan DAP sekurang-kurangnya sebanyak 6 kerusi.

  • Penurunan kerusi DAP daripada 12 kerusi kepada 7 kerusi merupakan tamparan besar bagi peringkat DAP sendiri. Jika PRU13 berlaku 'Giant Killing' di Bukit Katil, PRN kali ini menyaksikan sekali lagi ia berlaku di Piasau. Piasau merupakan salah 1 kubu kuat DAP dan faktor latar belakang calon yang ditampilkan oleh BN memainkan faktor yang kukuh dalam perampasan kerusi kali ini. Faktor kekalahan DAP di beberapa kerusi berdasarkan perpecahan dalaman dalam Pakatan Harapan. Selain daripada itu, kegagalan wakil calon yang lepas untuk menampilkan kualiti kerja yang memuaskan hati rakyat Sarawak serta kaedah kempen yang kurang digemari juga dipercayai menyumbang kepada faktor kekalahan ini.

  • Akhir kalam, jika dilihat pada setiap pertembungan sesama parti pembangkang, kita dapat melihat bahawa rakyat Sarawak ada kecenderungan untuk memilih parti yang lebih lama bertapak di Sarawak. Sebagai contoh, pertembungan antara PAS dan AMANAH menunjukkan PAS berjaya mengatasi undi berbanding AMANAH. Pertembungan antara PAS dan PKR pula akan menunjukkan PKR akan mendahului dari aspek jumlah undi. Namun demikian, Pertembungan antara PKR dan DAP menunjukkan hasil yang berbeza. Ada DUN menunjukkan DAP dan PKR mempunyai kekuatan yang setara dan ada kerusi menunjukkan sama ada PKR mahupun DAP lebih mendapat tempat di hati rakyat. Namun, ada 1 DUN pula menunjukkan kekuatan calon BEBAS lagi mendapat di hati rakyat tapi kalah tipis kepada BN kerana DAP dan PKR bertembung di kerusi yang sama.

Part 2 akan menfokuskan faktor kemenangan BN pada PRN kali ini.

24 Apr 2016

Merantaulah Anak Muda

ما في المُقامِ لذي عقلٍ وذي أدبٍ
مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِب
Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

سافرْ تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ
وانْصَبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.
Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ
إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة
لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

والتبر كالترب ملقى في أماكنه
والعودُ في أرضه نوعاً من الحطب
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

إن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ
وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَب
Andai saja gaharu tersebut keluar dari belantara hutan, ia adalah minyak wangi yang bernilai tinggi. Dan andaikata bijih itu keluar dari tempatnya, ia akan menjadi emas yang berharga.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.
─ Imam Syafie

Hampir setahun sudah aku bekerja di bumi Borneo dan sering aku sematkan di dalam jiwa agar terpateri kukuh akan pesanan Murabbiku.

Selagi mana umur masih 20-an, merantaulah mencari pengalaman dan ilmu.
Bila mencecah 30-an, mulakan dengan mencari tapak untuk mendarat.
Manakala bila mencecah 40-an, mendaratlah dan bangunkan tapak itu.

Mentarbiyah jangan sesekali dimanjakan. Kena berkeras dan survival.
Barulah mereka akan survive kerana "Only the strongest will survive",
─Abi

Justeru, merantaulah anak muda. Nescaya dikau akan terpaku dan merasa kerdilnya dirimu di bumi ALLAH ini. Niatkan musafirmu itu kerana ALLAH. Pasti dikau akan terpukul, tersentak dan menemui pelbagai jawapan akan setiap persoalan hidup yang membelenggu dirimu.

18 Apr 2016

Genesis Metamorfosis


Genesis Metamorfosis. Pasti ramai yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan 2 patah perkataan itu. Usahkan tahu apakah maknanya, hendak menyebutnya juga sukar bagi sesetengah orang yang tidak biasa menyebut perkataan yang dikira agak bombastik.

Genesis Metamorfosis sebenarnya membawa makna yang hampir dengan fitrah manusia iaitu dengan kata lain ia membawa maksud titik perubahan. Sejujurnya tajuk kali ini diilhamkan daripada sebuah buku yang ditulis oleh anak muda yang besar jiwanya. 

"Aku lebih rela perit mencari titik perubahan,
jika itu temukan aku dengan Tuhan"

Genesis Metamorfosis atau titik perubahan ini sebenarnya boleh dipecahkan kepada 2 jalan iaitu sama ada menuju menelusuri jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Jalan mana yang kita pilih, ia akan menentukan kita sebenarnya menempa jiwa manusia yang bagaimana. Malah, setiap jalan yang terbentang di hadapan kita juga mempunyai mehnah dan tribulasinya tersendiri. Sejujurnya, pilihan di tangan kita sendiri dan  setap kesannya juga akan ditanggung oleh kita sendiri.

Titik perubahan ini biasanya tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebaliknya pasti ada kejadian atau peristiwa yang menjadi titik tolak akan berlakunya titik perubahan dalam diri kita sekaligus membentuk peribadi kita pada masa akan datang. Justeru, jadikan titik perubahan kita itu sentiasa ke arah kebaikan dan jangan sesekali berputus harap dengan kebaikan. Kerana sinar kebaikan itu tidak pernah kalah dengan kejahatan.

Setiap manusia itu sebenarnya suka akan kebaikan bahkan ianya sebenarnya begitu hampir dengan jiwa kita. Walau sekejam dan sejahat bagaimanapun seseorang itu, tiada siapa yang dapat nak menafikan jauh di lubuk hatinya yang ia begitu senang melihat akan kebaikan. Hal ini kerana Tuhan sebenarnya telah menciptakan manusia ini sesuai dengan fitrahnya iaitu suka akan kebaikan. Cuma persekitaran sekeliling dan jiwa yang telah dikaburi dengan nafsu yang menutup hati kita untuk terus melangkah menghampiri kepada kebaikan.

Jika kita masih ingin menafikannya, duduklah sejenak di tempat yang sunyi dan carilah ketenangan dalam jiwa sebelum tanya jauh di sudut hati kita. Tanyalah soalan itu dan carilah ia hingga ke dasar hatimu. Benarkah kita sebenarnya benci akan kebaikan atau sebenarnya kita sebenarnya menafikan akan cintanya kita dengan kebaikan.

"Keikhlasan itu indah, tersangat indah. Keikhlasan itu kekuatan yang tidak dapat dikalahkan. Keikhlasan itu tidak dapat diukur, tapi pasti dapat diuji."
(Syeikh Prof Dr. Mutawwali Sya'rawi)

Kebaikan dan keikhlasan sebenarnya mempunyai hubungkait yang sangat dekat dan saling melengkapi bahkan kedua elemen ini juga mempunyai persamaan iaitu pasti akan sentiasa diuji. Yakinlah, kebaikan itu pasti akan diuji akan keikhlasannya. Diuji sehingga goyah keikhlasan melakukannya, diuji sehingga hampir berputus asa dan pasti akan diuji sehingga kita sendiri ragu dengan diri sendiri.

Namun, tabahlah dan yakinlah dengan jalan yang telah kita pilih. Pasti ada sinar di hujung jalan dan janganlah sesekali berputus harap dengan kebaikan apatah lagi dengan rahmat ALLAH. Mereka yang berputus asa dengan ALLAH tiada bezanya dengan mereka yang tidak yakin dengan agamanya. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap sedemikian.

Terus melangkah menuju kebaikan,
Pasti dikau tersenyum gembira.
Usah melangkah menuju kejahatan,
Hatimu pasti sentiasa gundah gelana.

21 Oct 2014

Muslim : Responsif atau sensitif?

Baru - baru ini Malaysia digemparkan dengan program "I want to touch a dog" di mana program ini bermatlamat untuk membantu orang ramai terutama orang yang beragama Islam mengatasi persepsi negatif pada anjing. Penganjuran program seperti ini telah melahirkan pelbagai respon baik positif atau negatif dalam kalangan umat Islam di Malaysia di mana ia dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbentuk provokatif kepada agama Islam.
Namun, saya tidak berminat untuk memberi pandangan dari segi hukum akan penganjuran program. Hal ini kerana saya berpendapat ada orang yang lebih alim dari bidang ilmunya untuk memberi ulasan dan pendapat. Saya lebih berminat untuk memberi pendapat akan sikap yang bersarang dalam stigma pemikiran masyarakat Muslim di Malaysia iaitu sikap responsif.

Apa yang dimaksudkan dengan sikap responsif? Kesedaran akan tugas yang harus dilakukan dengan kesungguhan dan kepekaan yang tajam dalam menghadapi pelbagai hal yang dihadapinya serta kefahaman makna tanggungjawab yang harus dipikul adalah antara ciri utama dalam memiliki sikap responsif. Hal ini dapat dilihat dalam kisah nabi Sulaiman dan burung Hud – Hud. Sikap responsif ini penting dimiliki dalam sesebuah organisasi Islam sama ada dalam diri pucuk pimpinan waima ahli itu sendiri.



Walaubagaimanapun, dalam aspek responsif, ramai orang tersilap dari skop penggunaannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui isu yang sedang “viral” di laman sosial di mana pelbagai lapisan masyarakat berlumba – lumba mengeluarkan pendapat bahkan tidak keterlaluan saya katakan sehingga ada yang berhujah menggunakan emosi melebihi hujah ilmu dan fakta. Tidak kurang juga yang bersifat responsif dengan mengeluarkan hujah yang penuh dengan sindiran, caci maki dan kata – kata keji.

Sikap responsif amat diperlukan dalam diri seorang pimpinan dalam sesebuah organisasi agar pimpinan itu lebih peka pada perubahan keadaan sekeliling. Namun, penyakit responsif yang sedang berlaku dalam masyarakat di Malaysia adalah kita cepat dan ingin memberi respon pada sesuatu isu tanpa mengkaji atau mendengar perjelasan kedua belah pihak. Daripada 1 pandang sisi, perkara ini bagus kerana melihatkan betapa kita responsif dan sensitif akan sesuatu hal terutama berkaitan agama. Tapi, tidak dapat tidak kita kena akui bahawa sikap ini juga kerap memakan diri kita di kemudian hari kerana kedangkalan kita dalam menilai.

Terkadang kita kena renungi kembali adakah penyakit responsif kita ini memberi lebih kesan positif atau negatif kepada keadaan sekeliling. Sikap responsif ini juga adakah kita memanfaatkannya dalam kehidupan seharian dalam aspek pekerjaan kita. Jika tidak, ia bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita. Kemungkinan, kita sebenarnya bukan memiliki sikap responsif, tetapi sikap sensitif tidak bertempat. Malah, sikap sensitif ini juga hakikatnya yang banyak mengambil alih diri kita selama ini. Jika ini punca masalah kita, sesuatu harus dilakukan bagi mengubah penyakit ini dari trus menapak dalam pemikiran kita.



Akhir kata, jangan kerana sikap sensitif kita ini juga, kita sering melupakan akan kesusahan orang sekeliling kita kerana ingin menjaga kepentingan peribadi kita. Soalan yang ingin ditinggalkan untuk difikirkan bersama adalah, minyak, GST dan hal hal lain dah senyap ke?

Wallahualam
Melaka

10.20am

14 Oct 2014

Kader Dakwah Harapan Ummah

Anak muda adalah aset dan tunjang kepada sesebuah negara. Bahkan anak muda juga merupakan aset bernilai kepada Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan kebangkitan mahupun kejatuhan sesebuah negara adalah disebabkan oleh anak muda. Bahkan dalam Sejarah Islam sendiri telah menceritakan pelbagai sumbangan anak muda dalam era empayar Islam berada  di puncak.

Siapa yang tidak kenal akan Sultan Muhammad al-Fateh yang telah menakluk Konstantinople pada umur 20-an. Siapa tidak kenal Saidina Ali bin Abi Talib yang menggantikan tempat tidur nabi semasa Hijrah? Peranan anak muda ini juga telah dipaterikan dalam sejarah dunia. Revolusi China 1911 dipelopori oleh anak muda iaitu Dr. Sun Yat Sen. Bahkan mutakhir ini anak muda yang hanya berusia 17 tahun telah mempelopori "Umbrella Revolution" di Hong Kong.

Assyahid Imam Hassan al-Banna telah menggariskan bahawa pemuda adalah kunci kepada kebangkitan Islam. Hal ini kerana pemuda Islam memiliki 4 asas yang merupakan antara adunan penting kepada kebangkitan Islam. 4 asas yang telah digariskan adalah :

1.    Keimanan
2.    Keikhlasan
3.    Semangat
4.    Usaha



Justeru, agenda dakwah ini tidak dapat tidak mesti dilaksanakan dan dijayakan oleh anak muda. Kader dakwah (baca: anak muda Islam) harus memasakkan impian dan tekad untuk menjayakan agenda dakwah ini. Dalam hal ini, kader dakwah disarankan mempersiapkan diri berdasarkan 10 muwasafat tarbiyah yang telah digariskan oleh assyahid Imam Hassan. Perincian seperti gambar di bawah.


Agenda dakwah yang mesti dibawa oleh kader – kader ini memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang kerana ia bersifat nasional. Jadi, kader dakwah mesti mempersiapkan diri dalam pelbagai sektor seperti sektor profesional, agamawan, keselamatan, ekonomi dan pendidikan. Tidak keterlaluan jika saya katakan agenda ini bisa tergendala jika kader gagal dalam memandang dakwah itu daripada aspek yang berbeza. Maka, setiap kader dakwah haruslah memposisikan diri agar dia mampu memberi sumbangan yang terbaik dalam menjayakan agenda dakwah ini.

Bahkan, setiap kader dakwah mesti berjiwa besar jika mahu membentuk Negara Islam yang mengikut syariat. Bukan lagi memikirkan sekadar masyarakat setempat atau berada dalam kelompok mereka (baca : eksklusif). Kader dakwah juga harus berani untuk bergelumang dalam sektor - sektor yang dirasakan selama ini tidak mengikut syariat dan menampilkan medium yang lebih menepati syariat seperti sektor seni dan ekonomi.

Jika kader itu berpotensi dalam bidang penulisan, maka dia harus memposisikan dirinya di dalam bidang kewartawanan dan menampilkan penyebaran maklumat berteraskan Islam

Jika kader itu berpotensi dalam bidang ekonomi, maka beliau haruslah berada dalam sector ekonomi dan menampilkan “Ekonomi Islam”

Jika kader itu berpotensi dalam bidang seni, maka dia harus memposisikan diri dalam industry seni dan memaparkan “Pelakon Islam” dan senarai ini akan berterusan di mana kader dakwah harus sedar di mana sumbangan yang terbaik mampu dilakukan dalam merealisikan agenda dakwah ini.

Namun, agenda dakwah ini hanya akan menjadi realiti jika kader dakwah mampu merubah pandang sisi akan konsep dakwah akan keperluan kader dakwah memposisikan diri di tempat terbaik dan menyebarkan aura Islam sehingga mempengaruhi keadaan sekeliling. Jika kader dakwah masih berfikiran sempit dan berada di takuk lama, maka agenda dakwah ini hanyalah bersifat retorik dan fantasi.

Wallahualam.
8.38pm

Melaka

9 Sept 2014

Siapa Yang Untung (Part 2)

Setahun lamanya aku meninggalkan dunia blog.
Kali ini tiba masanya berbicara mengenai realiti politik Malaysia.

Selangor antara kemelut yang panjang dan banyak menguji perpaduan PR selama ini.
Selangor juga bisa menjadi penentu sama ada PR akan terus bersama atau menjadi seperti Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2006.

Adakah PR akan menjadi 1 lagi eksperimen Parti Pembangkang yang tidak menjadi seperti sebelum ini?
Hanya masa dan pimpinan PR yang mampu menentukan.
Tempoh matang bagi sesuatu pakatan mestilah melalui minima selama 10 tahun.

Namun, apa yang berlaku kini suka atau tidak harus diakui bahawa masing - masing mengacukan senjata antara 1 sama lain.
Sedarlah, jika musuh tidak mampu merosakkan sesebuah gerakan daripada ancaman luar, pasti akan digunakan serangan dari dalam untuk merobek gerakan tersebut.

Jika kemelut ini tidak diatasi secepat mungkin, pasti Selangor akan menjadi negeri seterusnya yang hilang ke tangan BN.
Pengundi Selangor sebenarnya sudah muak dengan kemelut politik ini tapi masih punya harapan pada PR.

Hentikanlah percakaran.
Perkukuhkan muafakat.
Kerana kepercayaan rakyat harus dikembalikan.

Kemelut ini sebenarnya melarikan fokus kita dalam politik sedangkan rakyat Malaysia ternanti - nanti akan perjuangan berteraskan rakyat.
Jika kita berhenti daripada memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia,
Kepada siapa lagi mereka mahu berharap membela nasib mereka?

Tapi andai percakaran masih berlaku, sudah tiba anak muda membawa semangat dan politik baru dan matang dalam arena politik Malaysia.
Sudah tiba anak muda yang mengambil alih perjuangan rakyat daripada para politik yang semakin gelap mata akan pangkat dan harta.

Anak Muda Bangkit!

Sekian,
1.21 AM
Melaka

5 Jul 2013

SIapa yang Untung?(Part 1)

Post ni bukan pasal nak wat bisnes,
nak ajak main MLM ke apa,
tapi nak ajak para pembaca sama2 berfikir,
dalam mendepani isu semasa,
pasti akan ada pihak yg dpt keuntungan dari isu tersebut,
dan xkurang akan ada pihak yg kerugian.
itu lumrah kehidupan bro.

Sebelum admin masuk isu semasa yg nak diceritakan,
suka diingatkan bhwa isu yg diceritakan ini dianalisa
dan ini merupakan pendapat peribadi.
xtermasuk dlm mana2 ijtihad atau xvalid bg mana2 hujah
sekiranya anda sudah mls nak membaca,
tiada kerugian bg admin.

Baik, isu yg nak diceritakan adalah isu Syria.
bila mana admin meliht ramai yg post pasal Syria,
admin rasa bguslah sudah ada kesedaran dlm masyarakat
mereka kata ini peperangan antara Sunni and Syiah.
Tapi,
Bila ditanya mana asal usul Syiah,
Knp Syiah ini anda kata sesat,
Siapa Imam 12 Syiah,
anda gagal menjawabnya.
admin hanya mampu gelengkan kepala shja.
ish3....

itu baru tanya pasal Syiah,
belum tanya pasal Sunni.
bro and sis sekalian,
sebelum korg nak kata sapa2 sesat,
kaji dlu.
kaji sampai lumat,
pastikan ada hujah yg kukuh.
bukan main share je
nak baca and kaji ckit punyala pemalas tahap gaban.
(mhn terasa)

Baik,
tapi bukan ini yg nak diceritakan,
admin bru nak masuk isi penting.
Sila baca dgn hati yg tenang,
fikiran yg terbuka.

Admin rasakan xsemua Syiah itu sesat.(WHAT!!!!)
admin rasakan pihak yg plg mendapat untung dlm isu Syria adalah Israel itu sendiri.
knp admin kata sedemikian?

Hujah yg pertama adalah,
anda tidak pelik kah
 Mesir, Turki dan Syria mengalami pergolakan pada masa yg sama?
lau anda kata ini kerana dari ARAB SPRING dan bla2...
anda telah ditipu.
knp?
kenapa arab saudi xbergolak?
kenapa jordan,turkmenistan dan negara arab yg lain xbermasalah seperti 3 negara ini?
Sila buka peta dunia.
Sebenarnya 3 negara ini bersempadan dgn Palestin and Israel.
xfaham2 lg?


Turki Islam telah berkembang,
Mesir Ikhwanul Muslimin dah menang
Syria je yg xselesai lg
sbb sebelah Syria Iraq dan kemudian Iran.
Sekiranya Iran dan negara Islam yg lain nak serang Israel
boleh lalui Syria,
Israel nak lari mana lg?
die dah terkepung la.
tinggal terjun dalam laut je
Sbb 2 sekarang demi selamatkan masa depan mereka,
berlakulah pergolakan di 3 negara ini.
nampak dah?

Dah tu kenapa Israel tolong Syria?
ni namanya mainan politik.
Israel xkesah pun sapa yg memerintah
sbb die memang nak tgk org Islam berbunuhan sesama sendiri.
die lg suka mcm 2.
Geng2 FSA sekarang pun golongan Ikhwanul Muslimin adalah minoriti.
majoriti dlm 2 geng2 sekular,liberal dan mcm2 lg
even dorg menang, Islam masih susah nak berkembang
sbb 2 ada pepatah
"Menang jd arang, Kalah jd abu."
Maksudnya, siapa pun yg memerintah nt, Syria memang sakit la
dah teruk sgt negara 2
nak pulihkan amek masa

Tapi Syiah sesat bro.
mana blh kita sokong.
Persoalan admin kepada semua.
Syiah semua sesat ke?
Sunni semua xsesat ke?

Syiah hanya sebahagian je yg sesat.
bukan semua.
begitu juga Sunni.
ada je yg sesat.
so, jgn la korg dah lihat ada pisang yg buruk dlm setandan 2,
terus korg ckp semua sesat.
Punca sebahagian Syiah ni sesat 
kerana taksub pada pemimpin dorg
taksub yg melampau
sama kes mcm al-arqam dlu
xthu al-arqam?

bykkan membaca bro.
jgn amek bulat2 mcm 2 je
kang org ckp korg ni mcm lembu korg mrh.
percaya membabi buta kang melenting.
sbb ada Syiah yg masih kita gelar belum sesat
tapi susah ckit la nak detected.
kena byk belajar and membaca bro.
kena blaja mendepani isu dari pelbagai view and aspek
admin pun tersalah aritu,
setelah wat kajian,
ini yg admin dpt konklusikan.


kesimpulannya,
dalam isu Syria ini,
masih byk benda yg perlu kita kaji.
biar terslh maaf jgn tersalah hukum.
kerana kelak kita gak yg menyesal


p/s: part 2 akan menceritakan realiti politik semasa di Malaysia pulak.insyaALLAH dlm masa terdekat.

Sekian,
6.52pm
Melaka.