4 Jun 2013

Pilihan di Tangan Anda


InsyaALLAH ni laz post admin sebelum admin sambung kembali
kerana admin ada beberapa urusan yg perlu disetelkan
semoga post kali ini memberi manfaat dan membuka pemikiran sempit setiap yg membacanya
kepada ALLAH jua admin serahkan segalanya

sebelum admin pegi lebih detail,
mari kita sama2 renung hadith rasulullah mengenai niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

apa kaitan hadith ni dgn apa yg admin nak sampaikan?
para pembaca sekalian,
terutama para pejuang Islam,
cuba renung kembali,
apa tujuan kita masuk dalam dunia perjuangan?
muhasabah seketika niat kita
masih samakah atau sudah berpaling dari niat asal?
kenapa kita nak menegakkan Islam?
adakah benar kita mahu menegakkan Islam?
adakah benar kita mahu memperolehi redha ALLAH?
adakah kita mahu mengapai syurga ALLAH?

jika ya, knp kita masih belum bersungguh memikirkan masalah ummat?
knp kita masih gemar berbincang mengenai fitrah2 manusia?
knp kita masih saling bercakaran 1 sama lain?
sedangkan musuh sedang tergelak melihat kehancuran kita
musuh sedang bertepuk tangan melihat kelalaian kita

sedarkah kita setiap yg terpilih dalam perjuangan ini org yg dipilih oleh ALLAH?
setiap dari kita ada kelebihan and kekurangan masing2...
bahkan setiap dari kita mempunyai ilmu yg luas, tarbiyah yg mantap,
jumpa jalan perjuangan ini lbh awal dari admin, komitmen yg xdpt dipertikaikan

tapi ingatlah,
"Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.
Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)
jika kita xmenggunakan segala kelebihan kita ke tempat yg sepatutnya
kitalah umpama pohon yg subur tapi xberbuah
xbernilai pada pandangan masyarakat

sudah tiba masanya kita bersikap serius dalam perjuangan
kerana gerakan perjuangan kita berada dalam era kehancuran
xmustahil dalam medan seterusnya gerakan kita akan hancur sehancurnya
xmustahil dalam medan seterusnya kita akan mengalami Pilihan Raya Hosni Mubarak

“Penipuan yang diulang-ulang akan menjadi kebenaran” – kata Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels
sedarlah bahawa ini yg sedang dilakukan oleh pihak musuh dalam memecahbelahkan kita
inilah serangan paling halus yg sedang dilakukan oleh pihak musuh
inilah serangan yg sedang melanda dalam gerakan kita
serangan yg sedang mengoncangkan gerakan kita

ambilah ibrah dari sirah mengenai fitnah yg melanda saiditina Aisyah
fitnah inilah yg akan menjatuhkan kita dalam medan seterusnya
kononnya wujud beberapa golongan dalam gerakan kita
kononnya wujud Islam liberal dari shbt2 kita
dan pelbagai lg fitnah yg dimainkan
sedangkan kita masih leka dgn perkara fitrah
kita masih berminat bercakaran 1 sama lain

adakah kita hanya mahu berdiam diri dan melihat sahaja kehancuran yg sedang melanda?
atau adakah kita mahu menjadi golongan yg merebut harta peperangan dalam perang uhud?
atau kita mahu menjadi antara 10 org yg mempertahankan bukit uhud?
yg patuh pada arahan, jelas akan tujuan peperangan dan benar2 beriman?

jika para pembaca khususnya para pejuang Islam masih tidak mahu berubah kepada pemikiran yg lbh matang,kritis dan kreatif....masih nak bercakaran 1 sama lain....xnak bersatu bg mencapai matlamat kita....maka nantikanlah zaman kehancuran Islam....waktu itu jgnlah kita meratapi kehancuran Islam itu sedangkan kita xberminat,xnak mengambil tahu akan keadaan gerakan kita walau sejenak yg semakin hari semakin kronik....

kerana apa?
kerana sikap kita dan pemikiran kita yg masih sempit dan dangkal
jgn menyesal wahai shbt
jgn meratapi keadaan itu

sekian sahaja dari admin yg hina

p/s: admin memohon maaf jika ada kata2 yg mengguris perasaan para pembaca kerana admin terpaksa nyatakan realiti...sekarang pilihan memang ditangan anda...anda yg tentukan selepas ini!berubahlah sebelum terlambat

Perbincangan Fitrah

1 persoalan yg sering ditimbulkan apakah yg dimaksudkan dgn perbincangan fitrah
Istilah ini selalu digunakan oleh admin sejak 2 menjak ini
sebelum kita mengulas lebih detail,
mari kita sama2 renung apa yg dimaksudkan dgn fitrah

"Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia.

Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu."



baik,
secara mudahnya fitrah ialah benda yg berkait rapat dgn kita
 and benda yg sentiasa ada dlm diri kita
benda2 fitrah ni memang xdpt dinafikan dari diri kita
jadi perbincangan fitrah bermaksud
perbincangan yg berkait rapat dgn kita
and perkara2 yg kita suka
contoh hobi, mknn, kawen, pengalaman,kenangan dll

adakah perbincangan fitrah salah?
semestinya tidak
hal ini kerana perbincangan fitrah
memang xdpt dinafikan ada kepentingan and sebahagian dari diri kita
jadi suka atau x,
nak atau x,
perkara2 fitrah tetap harus dibincangkan
supaya kita jelas halatuju kita
and mempunyai view yg lbh jelas dalam sesuatu perkara

tapi,
perbincangan fitrah harus dikawal
berpada2
kenapa?
hal ini kerana jika kita terlalu berbicara hal fitrah
khuatir kita akan dibuai dgn hal2 dunia
kita leka akan tujuan asal kita bg para pejuang
kita tersasar dari pemikiran yg kritikal dan kritis

mcm mana lak dgn istilah anaktirikan perbincangan lain?
anaktirikan perbincangan lain bermakna
mangabaikan perbincangan yg penting
tidak menitikberatkan perkara dasar
bahkan tidak berminat untuk membaca,
tidak mahu untuk mengetahui realiti dunia
tidak mahu bertukar pendapat mengenai realiti dunia masakini

ingatlah wahai manusia yg mengaku para pejuang
kita ada matlamat yg lbh utama
kita ada perjuangan yg lbh penting
kita ada perbincangan yg lbh utama
xslh melakukan perbincangan fitrah
tapi jgn sampai menganaktirikan perbincangan dasar perjuangan
menganaktirikan perbincangan isu semasa
menganaktirikan perbincangan masalah ummat

jika kita menganaktirikan perbincangan yg lbh penting
maka nantikanlah kehancuran yg akan berlaku pada zaman kita
nantikanlah generasi didikan kita yg leka dgn candu dunia
nantikanlah kemalapan sinar Islam
dan jgnlah mengharapkan kemenangan Islam akan berlaku
sedangkan kita antara punca Islam itu jauh dari jiwa para pejuang


p/s: sekian sahaja dari admin...segala salah silap tutur kata mhn diampun maaf dari para pembaca