30 Jan 2013

Bangsaku

Layu by Malique

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Dulu,
 bangsaku gah di serata nusantara

diakui oleh lawan dan kawan
hebatnya bangsaku kerana nur pegangan mereka
gagah perkasa mereka pada kepercayaan mereka
terbilang mereka akan zat - zat murni yang dimiliki

Kini,


aku lihat bangsaku gemar bermalasan
aku lihat bangsaku saling bercakaran
aku lihat bangsaku penuh dengan kebencian
aku lihat bangsaku menerajui kejahatan dunia

aku lihat bangsaku ingin terus disuap dengan candu dunia
aku lihat bangsaku saling menjatuh
aku lihat bangsaku penuh kedengkian
aku lihat bangsaku penuh di sebalik serenti

aku lihat bangsaku tak bisa mara ke hadapan
aku lihat bangsaku kian ketinggalan
aku lihat bangsaku penuh kebangsatan
aku lihat bangsaku penuh di sebalik jeriji besi

Kerana
bangsaku kian melupakan nur mereka
bangsaku asyik dengan dongengan
bangsaku terus dibuai mimpi indah dunia

aku lihat bangsa lain saling membantu
aku lihat bangsa lain kian maju
aku lihat bangsa lain pantas meninggalkan kita
mereka pantas berlari
sedangkan kita baru mahu merangkak

bangun wahai bangsaku!
berhentilah dari menghisap candu dunia
sudahlah dengan dongenganmu
bangkitlah dari tidurmu
kembalilah pada pegangan asal mu
masih bisa dirimu tunjukkan pada dunia
dirimu mampu menerangi langit
sedarlah bangsaku wahai MELAYU!

27 Jan 2013

ANAK MUDA KINI

 "Errors of haste are seldom committed singly. The first time a man always does too much. And precisely on that account he commits a second error, and then he does too little."; Friedrich Nietzsche

Aku melihat anak muda sekarang,
kerana mereka adalah aset dunia
aku terkilan, hampa dan kecewa
kerana mereka dibuai dengan pelbagai keindahan dunia
sehingga alpa akan tanggungjawab sebenar


kerana apa mereka sedemikian?
salah diriku kah?
salah ibu bapa mereka kah?
salah masyarakat kah?
atau salah MEREKA??


kenapa dan kenapa?
terus menganggu diriku ini
aku masih mencari dan terus mencari
sampai bila kita harus begini
sampai masa untuk kembalikah


anak muda mana yg xpernah lakukan kesilapan
anak muda mana yg xpernah lakukan dosa
anak muda mana?
tunjukkan pada ku
tapi masih belum terlambat
dalam lakukan kebaikan
kembalilah pada fitrah mu anak muda
pulanglah ke pangkal jalan
agar dirimu xsesal di kemudian hari

20 Jan 2013

Mengimbau 18 JANUARI 1985

Setelah saya berjaya menubuhkan Cawangan PAS untuk Felda Lubok Merbau, saya kembali ke Temerloh untuk saya lawati pula rancangan-rancangan Felda di lain-lain kawasan di Semenanjung. Tetapi didalam tempoh yang tidak lama selepas itu, Ahli Parlimen Padang Terap telah meninggal dunia, dan satu Pilihanraya Kecil berlangsung di kawasan itu.

Ustaz Fadhil Nor meminta saya bertugas dan bertanggungjawab kepada kempen PAS di Felda Lubok Merbau memandangkan saya sudah mempunyai pengalaman disana dan sudah mengenali petugas-petugas PAS di rancangan itu.

Saya telah pergi ke Felda Lubok Merbau bersama-sama Man Kadir (kini dikenali sebagai Pak Jabit) dan Pak Harun (seorang ahli veteran PAS di Temerloh yang berasal dari Kedah).

Kami telah menubuhkan Markaz PAS disebuah rumah ahli PAS di Felda Lubok Merbau, dan dari masa ke masa tidak kurang dari 50 orang dari dalam dan luar Negeri Kedah menjadi petugas PAS di kawasan Felda itu.

Kami menjalankan kempen di Felda Lubok Merbau dengan cara yang belum pernah dijalankan sebelum ini oleh PAS. Saya mengaturkan bahawa setiap hari akan dilangsungkan pengedaran risalah-risalah penerangan khususnya penerangan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda.

Setiap hari saya susun beberapa ceramah kelompok, dan sebelum ceramah-ceramah itu dilangsungkan, edaran rumah ke rumah bukan sahaja mengenai penerangan mengenai masalah peneroka-peneroka Felda bahkan juga jemputan ke ceramah-ceramah kelompok itu.

Setiap hari semasa kempen itu berlangsung, tidak kurang dari 3 ceramah sehari diadakan di Felda Lubok Merbau.

Felda Lubok Merbau adalah satu kawasan yang sangat luas dan ribuan penduduk peneroka berada disana.

Didalam semasa kempen pilihanraya kecil itu, sudah hampir 200 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS. Walaupun bilangan itu masih kecil berbanding dengan keseluruhan penduduk dan keseluruhan ahli-ahli UMNO, tetapi jumlah itu sudah besar berbanding dengan keahlian PAS sebelum Pilihanraya itu.

Rumah Naza'ie (kalau nama itu saya tidak silap) yang menjadi Markaz PAS untuk kempen PRK Padang Terap itu tidak sunyi dengan kehadiran penyokong PAS. Ramai anggota-anggota PAS dari luar Kedah mengunjungi Markaz itu dan membantu kami menjalankan kerja-kerja kempen seperti menampal poster dan membuat edaran dari rumah ke rumah.

Ahli-ahli UMNO di Lubok Merbau bersikap seperti samseng. Poster-poster yang kami pasang, diturunkan dihadapan mata kami, dikumpulkan dan dibakar dihadapan kami.

Jika kumpulan kami yang menampal poster itu tidak berapa ramai, mereka datang mengepung kami, dan memberikan amaran bahawa jika kami tidak beredar dari situ, mereka akan serang kami.

Demikianlah setiap hari diperlakukan oleh ahli-ahli UMNO Lubok Merbau.

Kami mengambil sikap "mengalah" untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Tetapi apabila keadaan menjadi semakin tenat, maka kami dikunjungi oleh lebihkurang 20 orang pemuda-pemuda yang menamakan diri mereka sebagai P.A.S atau yang kami namakan pas titik. Mereka ini bukan ahli PAS dan ramai diantara mereka menjadi ahli UMNO dan sebahagiannya menyokong PAS.

Seorang daripadanya berjanggut panjang, tidak banyak bercakap, tetapi dia memberitahu saya bahawa kumpulannya menjaga keselamatan orang-orang PAS terutamanya pemimpin-pemimpin PAS.

Dimana saja saya pergi memberi ceramah, dia akan berada disitu, dan sesampai saya ke tempat ceramah dia akan memberitahu saya, bahawa keadaan sudah terkawal dan keselamatan saya didalam jagaan yang baik.

Kami juga jemput penceramah-penceramah dari kalangan pimpinan PAS Pusat ke Felda Lubok Merbau, dan kami cuba elakkan ceramah kami itu berdekatan dengan ceramah UMNO untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ustaz Fadhil Nor hadir ke tempat ceramah yang telah kami aturkan. Ribuan manusia menghadiri ceramah itu, dan mereka yang hadir itu bukanlah pengundi-pengundi tempatan, tetapi ramai yang datang dari luar.

Lebihkurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Kawasan Balai Raya itu tidaklah jauh dari Markaz PAS. Saya dan beberapa orang yang lain bertugas di Markaz dan beberapa orang lagi mengambil tugas untuk menjaga poster-poster yang kami pasang supaya tidak diturunkan atau dibakar oleh puak-puak UMNO yang sentiasa bersikap seperti samseng.

Semasa Ustaz Fadhil Nor sedang berceramah dan pada masa itu Ceramah UMNO sudah berakhir, kami mendengar jeritan bahawa petugas-petugas kami dipukul dan jatuh bergelimpang didalam longkang.

Dari Markaz kami berkejar ke tempat kejadian yang tidak begitu jauh dari Markaz kami, dan kami lihat 2 orang sudah terbaring, seorang berlumuran darah dan seorang lagi hanya terbaring.

Kami membawa kedua-duanya ke Markaz. Yang berlumuran dengan darah dan yang seorang lagi itu kami segera hantar ke Hospital.

Tidak berapa lama, kami mendengar perkhabaran bahawa salah seorang yang dibawa ke Hospital itu telah meninggal dunia.

Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Maka gugurlah Othman Talib sebagai seorang yang syahid, mempertahankan Islam.

Saya dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubok Merbau untuk membuat laporan polis. Kami dikawal oleh pihak Polis sepanjang masa kami berada di Balai Polis itu.

Apabila saya balik ke Markaz ribuan manusia yang menghadiri ceramah Ustaz Fadhil tadi sudah berkumpul di Markaz.

Saya telah rundingkan dengan pihak Polis untuk menyediakan pengangkutan untuk sesiapa yang mahu keluar dari Lubok Merbau, dan pihak Polis mengadakan pengangkutan yang secukupnya.

Akhirnya, tinggallah kami entah berapa kerat di Markaz itu, tetapi saya sentiasa diawasi oleh kumpulan P.A.S yang mengatakan bahawa keselamatan saya didalam jagaan mereka.

Kumpulan P.A.S yang menjaga kami itu turut berhubung dengan kumpulan mereka yang berada dipihak UMNO, dan kedua-dua pihak memberi jaminan bahawa mereka tidak terlibat dengan tindakan jahat puak-puak UMNO itu.

Pada waktu malam itu, kami berjaga di Markaz PAS, tidur secara bergilir-gilir dan kami memang bersiap sedia menghadapi apa-apa kemungkinan jika diserang oleh pengganas-pengganas UMNO itu.

Disitulah saya lihat siapa wira dan siapa pengecut, dan saya memang tidak hormat kepada golongan pengecut yang berdahulu-dahuluan meninggalkan markaz PAS itu dan yang hanya mahu menyelamatkan diri sendir.

Naza'ie meminta saya meninggalkan Markaz PAS itu untuk mengelakkan kemungkinan keselamatan saya terjejas. Tetapi saya enggan meninggalkan Markaz itu, saya berikrar bersama Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun bahawa kami akan berada di Felda Lubok Merbau sehingga selepas Pilihanraya itu untuk mempastikan Naza'ie dan keluarganya tidak diganggu oleh penjahat-penjahat UMNO, dan anggota-anggota P.A.S juga mengambil ikrar yang sama.

Setelah PRK itu saya kembali ke Temerloh dan didalam ceramah yang diadakan di Darul Amin, Temerloh, saya turut melahirkan rasa dukacita dan kesal saya dengan perangai sesetengah ahli dan pemimpin PAS yang meninggalkan kami di Felda Lubok Merbau untuk berhadapan dengan penjahat-penjahat UMNO. Apa-apa boleh berlaku kepada kami.

Sebagai mengenangkan peristiwa itu, saya tuliskan dua buah buku diatas tajuk yang sama iaitu PERISTIWA BERDARAH FELDA LUBOK MERBAU DAN PERISTIWA BERGAMBAR FELDA LUBOK MERBAU.

Kedua-dua Buku ini telah diharamkan, dan saya diberitahu tentang pengharaman buku-buku ini semasa saya berada didalam tahanan ISA.

14 Jan 2013

HKR 112 (Selepas)

Sajak yang dideklamasikan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 di Stadium Merdeka oleh Sasterawan Negara, A Samad Said.


Di atas padang sejarah.

Di dataran sejarah suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.


Lagu kita rindu demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.


Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.


Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.


Diri kita amat padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.


Kita, tenaga jati, gah berjuang demi keadilan;
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.


A.Samad Said


Tuan Guru Hadi Awang




Safwan Anang wakil mahasiswa

Mahasiswa ditekan kita lawan, dihalang kita mara,

 ditipu kita tumbangkan BN.


Gambar admin bersama2 rakan2 seperjuangan...yg lain xleh bg


Suara Rakyat Suara Keramat!
Hidup Hidup Hidup Rakyat!

11 Jan 2013

HKR 112

"only the dead seen the end of war";Plato

Apa itu HKR 112?
-No Plat kereta ke?
-Alamat rumah?
-Koordinat tempat?
-apakah ia?

sebelum sy jawab apa yg korg nak thu, jum layan video ni dulu.... http://www.youtube.com/watch?v=qTy0FEi6njU

Dengar sini elok - elok..bagi yg blm mengetahui, mendengar sebelah pihak je atau menuduh secara membabi buta...HKR 112 adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12/1/2013 iaitu esok di stadium merdeka pukul 2 sampai 5 ptg.....ye,esk la cik abang and cik kak oi....HKR 112 adalah gabungan beberapa NGO iaitu Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit), Gerakan anti-PPSMI, Himpunan Hijau dan Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dan beberapa NGO lain. NGO -NGO ini telah menyatakan sokongan terhadap himpunan ini. HKR 112 ini adalah bagi mendesak kerajaan memenuhi beberapa tuntutan antaranya lapan tuntutan BERSIH, menghentikan pemusnahan dan pencemaran alam sekitar, membebaskan tahanan ISA, menyediakan pendidikan percuma, menyelamatkan Felda dan menuntut agar royalti petroleum dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Ha....ingat 2...



ok, sy ingin bercerita mengenai mahasiswa....maklumlah orang duk suruh mahasiswa ni jgn terlibat...kononnya mahasiswa kena blajar sbb skrg ni musim final, mahasiswa jgn jd alat untuk pembangkang dan bla bla bla.... Ini adalah pemikiran -pemikiran orang yg kolot dan dangkal..kerana sedar atau x, suara mahasiswa adalah antara 3rd force yg mampu mendesak kerajaan dalam menentukan dasar. Kebangkitan mahasiswa dalam era 80-an dan 90-an sudah ckup untuk menunjukkan betapa besar peranan mahasiswa dalam mendesak dan menegur kerajaaan...byk lg lipatan sejarah dunia yg menceritakan betapa besar peranan mahasiswa dalam membentuk negara atau mampu mengubah negara. Masalah nt fail study la apala itu atas faktor mahasiswa atau individu itu sendiri, bukannya pada himpunan2 mcm ni...ada je yg fail study tapi xjoin pun bend2 ni...tolong open sikit pemikiran 2...berapa ramai pemimpin sekarang datangnya dari golongan mahasiswa yang aktif semasa belajar...jgnlah jadi mcm katak bawah tempurung atau lembu yg dicucuk hidung..kata negara demokrasi...bebas untuk bersuara...mana hak kami lau bebas bersuara??tolonglah jgn double standard antara kerajaan and pembangakang....kami dah muak dgn suma 2....



HKR 112 mensasarkan seramai 1juta orang....ye,1 juta orang....bukan 1 orang, 10 orang, 100 orang mahupun 1000 orang.....nilai ni mungkin bukan majoriti rakyat Malaysia iaitu seramai 28 juta...tapi jgn lupa...Cuba baca balik ’Revolusi Orange’ di Ukraine. Cuma 1 juta rakyat sahaja yang turun dariapada 46 juta rakyat Ukraine. Tetapi, jumlah itu telah menjayakan Revolusi Orange di Ukraine. so, bilangan 1 juta tu bukan jumlah yg boleh dipandang remeh...ada gak dapat berita dgr2 yg ada pihak yang xbertanggungjawab akan wat provokasi dalam usaha nak mengagalkan HKR 112 ni time 2 even pihak polis dah benarkan himpunan ni diadakan...KESAHIHAN 2 xpasti la tapi lau benar benda ni dilakukan, mhn jasa baik pihak polis untuk jd fasilitator seperti yg haji mad sabu bgthu selaku pengarah HKR....jgn terlalu ikut sgt rentak pihak kerajaan...pihak polis haruslah menjadi entiti yg adil dan xdipengaruhi oleh mana2 pihak....itulah lambang integriti sesebuah institusi awam..



ni sedikit detail tentang apa yg kita perlu wat esk bg sapa2 yg nak pegi

<Hebahan Isu Semasa 11/1/13>

Keywordnya : Bertindak Mengikut Arahan!!

Final selepas mesyuarat malam ini :
Salam perjuangan dari saya Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM buat semua pemuda.

a] HKR112 [sabtu] akan tetap dilangsungkan di Stadium Merdeka pada jam 2.00 pm - 5.00 pm.

b] Asasnya semua mesti bergerak ke Stadium Merdeka dengan aman dan santai.

c] Check point untuk memudahkan orang ramai berjalan menuju Stadium Merdeka sebagaimana yang telah di putuskan sebelum ini tiada perubahan.

[ rujuk lampiran ]

d] Pastikan lokasi masing-masing dengan baik, elakkan sebarang provokasi dan perkara yang tidak diingini.

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Lampiran :

Arahan HKR 112 !!

* Pakaian Tema - Kuning, Hijau, Merah, Oren & Jingga @ Purple.

* Kebenaran Pihak Stadium Kapisiti tempat duduk seramai 30K Peserta / Tidak termasuk Padang Stadium.

* Pihak Polis Jamin Keselamatan dengan Syarat Tiada Perarakan bersama Laungan Provokasi Tetapi Tidak MengHalang Berjalan beramai-ramai.

* Setiap Peserta Mesti Mengikut Ketua Kumpulan yang Telah diTetapkan ;

1 : Masjid Negara ( Hijau ):
- YB Khalid Samad
- Dr Mujahid Yusof Rawa
- YB Azmin Ali

2 : Pasar Seni ( Muslimat / Wanita PR / Purple @ Jingga ) ;
- YB Dr Mariah Mahmud
- YB Teresa Kwok
- YB Elizabeth Wong

3 : Universiti Malaya ( Anak Muda ) ;
- Raja Iskandar Al Hiss
- Adam Adli
- YB Nurul Izzah
- Saiful Anang

4 : KLCC ( Royalti & ANAK) ( Merah & Oran ) ;
- YB Husam Musa
- Sdr Mazlan Aliman

5 : Bricfield & KL Central ( Bersih / Kuning ) ;
- Zunar Kartunis
- Arun
- Faizal

Harap Maklum , Bertindak Mengikut Arahan ;

Hj Muhammad Sabu
( Pengarah HKR )


Kesimpulannya, kita jgn takut untuk ubah kerajaan kerana kita sebagai rakyat ada hak dalam menentukan sapa yg terbaik dan gunakan lah akal fikiran kita untuk menentukan mana yg terbaik...jdlah insan yg neutral bila mendengar pendapat sebelum membuat keputusan..so, JOM UBAH!!!

jumpa disana....semoga ia menjadi historic moment untuk Malaysia....


4 Jan 2013

Jumaat Pertama 2013

Adegan Sebelum Solat Jumaat(RSK)

A: Ko masuk Jemaah yg bw Islam,wat kerja2 Islam kerana apa?
B: Ha???knp lak member aku sorg ni.
A: Kita akan dapat apa yg kita nak lau kita wat keje2 Islam.tak percaya?lau kita masuk kerana ukhwah, thiqoh, jawatan, perempuan.kita akan dapat benda2 tu.....TAPI ckup sekadar situ je la perjuangan kita....kita akan kerugian benda yg plg besar skali....iaitu ALLAH dan Islam...sedangkan benda - benda tu hanya pelengkap kepada Islam yg kita nak....ikhlas memang ikhlas tapi niat kita kerana apa....bak hadis nabi

Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu beliau mengatakan : Aku mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).

A: sbb 2 lau niat masuk jemaah,wat kerja2 Islam bukan kerana ALLAH, kita xmampu nak selesaikan masalah2 yg besar dan penting...kita hanya mampu selesaikan masalah2 yg kita nak je macam ukhwah dan thiqoh. KITA AKAN JADI HAMBA KEPADA BENDA - BENDA TU JE LA.
B:erm......(terdiam dan terpukul)




Solat Jumaat (Masjid MMU)

Antara keypoint

Imam: Tidakkah kita selalu membaca hadis:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim). Sesungguhnya orang2 yg mcm ni digelar sebagai muflis. Antara org Islam yg lalai ngan kehidupan di dunia kerana mereka tidak ingat akan akhirat dan jika mereka beribadat pun ibadat mereka tak mampu membantu mereka di akhirat. 
 B:Erk........terkena lg....


Imam: (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).

Kita duk bising bila kristian wat kristianisasi, duk ajak org Islam masuk Kristian, org Kristian nak guna nama ALLAH dan mengaku itu hak kita....tapi adakah kita tunjukkan akhlah yg baik kepada org bukan Islam?respon mengenai pelajar yg dtg lewat ke kelas adalah org melayu dan arab....siapakah mereka?kristian kah mereka?buddha kah mereka?hindu kah mereka?mereka ini orang Islam. Inilah golongan Islam yg lalai akan dunia. Orang Islam akhir zaman...Sepatutnya Orang Islam tunjukkan akhlak yg baik dan bgus....datang awal ke kelas, dsbg bla3.......

B:erk.....terkena lg aku....

Konklusinya banyak lagi benda yang perlu dimuhasabah dan dikoreksikan...kita duk mengaku umat nabi, orang yang nak bawa Islam tapi sejauh mana kita tunjukkan kita orang yang nak bawa Islam...adakah sekadar omong - omong kosong atau kita masih berada di awang - awangan? bangkitlah pemuda dan pemudi!!!berubah ke arah yang lebih baik.....tiada istilah terlambat dalam perubahan