12 Apr 2013

Bunga Larangan by UG14

Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan

3 Apr 2013

PRU13

tepat jam 11.35pg td,
Parlimen telah dibubarkan
diumumkan secara langsung oleh PM
serentak itu juga semua laman sosial dan media massa melancarkan pengumuman Parlimen dibubarkan
seolah2 tarikh keramat kita menanti tarikh hari raya
seolah2 kita menunggu bonus tahunan dari company

TAPI
perlu diingatkan juga bhwa PRU kali ni adalah
pertembungan antara HAQ dan BATIL,
pertembungan antara Keadilan dan Kezaliman
pertembungan antara PR dan BN
pertembungan ideologi and manifesto
segala2nya bermula dan tamat disini

JADI,
kita sebagai rakyat malaysia
wajib turun mengundi
wajib memahami manifesto kedua belah pihak
wajib menilai dgn terbuka
wajib meminta keamanan Malaysia terjaga
wajib meminta kemenangan Islam

akhir sekali,
jgn lupa turun mengundi
kerana setiap undi anda bermakna untuk masa depan Malaysia
pilihlah calon yg mampu membawa Islam berada di puncak
bukan calon yg menggunakan Islam ketika memerlukan shja


p/s:Islam berada di puncak bukan bermaksud mellaksanakan sebahagian hukum Islam...tapi melaksanakan semua hukum Islam dari segi ibadah,syariah,politik,jenayah dan segala aspek...YA ALLAH,BERIKANLAH KEMENANGAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA DAN JADIKANLAH KAMI DARI GOLONGAN YG MEMENANGKAN ISLAM DAN TETAPKANLAH HATI-HATI KAMI UNTUK TERUS BERADA DI JALAN PERJUANGAN INI...AMEEN

1 Apr 2013

Bingkisan Hati Coretan Kata untuk Kalian

Kisahku,
xbermula indah seperti kalian,
xdisulami dgn Islam dan tarbiyah,
penuh dgn sisi kegelapan dunia,
sarat dgn lipatan memori hitam,
yg menghantui setiap saat diri ini bernafas.


Kalian,
beruntunglah kerana cahaya yg menjengah tiba,
x jatuh ke jurang kejahatan yg plg jauh,
sering dipimpin ke arah HAQ,
sering dipacu dengan Islam,
bersyukurlah kalian.

Kenangan,
merupakan sebahagian dari rentetan hidupku,
bersama kalian merupakan titik perubahanku,
mengenal arti cahaya selepas kegelapan,
mengenal arti permata di celahan kaca,
kalian menggapai tanganku ke arah Islam,
di saat aku berkabung drpd kegelapan


Jalan ini,
aku bertemu dan berkongsi dgn kalian,
smga di jalan ini juga aku berpisah dgn kalian,
kerana kalian yg memberi sirna selepas hujan,
memberi awan ketika panas terik,
smga kita terus istiqamah di jalan ini