28 Feb 2013

Analisis PRU 13

kata kata seorang teman ;"Setiap selepas 50 tahun sesebuah kerajaan memerintah, pasti akan berlaku korupsi dalam kerajaan berikut"



PRU 13 semakin menghampiri
bila - bila masa sahaja PRU akan diumumkan
namun kemungkinan PRU 13 akan dilaksanakan selepas cukup 5 tahun
dalam erti kata lain terbubar sendiri
so,jgn lupa trun mengundi
admin xblh mengundi PRU nt....blm cukup umur =)






baik....berbalik pada analisis menjelang PRU 13
terdapat byk analisis yg dilakukan dan tak tahu mana yg akan jd kenyataan
so, admin telah ringkaskan dan simpulkan beberapa analisis dari kedua belah pihak
barulah adil dan saksama


1)Populariti PM semakin merosot...terbaru merosot dari 63% ke 61%....antara beberapa faktor yg melanda adalah isu - isu yg melanda sepanjang kepimpinan PM kita...selain dari itu, tiada pengumuman tarikh PRU menyebabkan rakyat memikirkan perkara yg negatif selain terlalu yg isu yg melanda sepanjang kepimpinan beliau



2)Bilangan pengundi atas pagar meningkat sehingga 32% dan apabila ditanya responden mengenai parti mana yg akan dipilih,rata - rata responden akan menjawab "Undi adalah Rahsia". hal ini kemungkinan atas beberapa faktor iaitu mereka sudah muak dgn semangat politik kepartian dan hanya akan mengundi semasa PRU dan mengundi parti yg mereka rasakan mampu memberi kehidupan yg lebih baik. Golongan ini sudah tidak memperduli akan hal seperti skandal, rasuah, salah guna kuasa kerana muak dgn mainan politik kedua belah pihak

3)Melihat pada analisis yg dilakukan, KEMUNGKINAN KELANTAN DAN PULAU PINANG akan kekal pada PR tetapi mereka menghadapi cabaran yg getir dalam mempertahankan kedua negeri tersebut. Hal ini kerana isu -isu yg dimainkan menyebabkan PR menghadapi cabaran yg getir dalam mempertahankan tampuk pemerintahan mereka



4)Selangor pula dilihat masih dalam posisi 50:50 yakni kedua belah pihak mempunyai peluang yg sama rata. hal ini atas faktor rakyat negeri selangor yg mempunyai lebih akses media yg lain seperti internet dalam mengkaji isu yg berlaku dan keberjayaan kerajaan negeri selangor mentadbir namun atas beberapa isu yg dimainkan menyebabkan peluang yg dihadapi mereka sama rata oleh kedua belah pihak

5)Kedah dan Perak pula dijangka akan dikekalkan milik BN melihat kepada faktor golongan masyarakat terutama anak muda kembali memihak kepada BN walaupun Kerajaan Negeri berjaya mentadbir Kedah dgn baik sekaligus mengurangkan hutang kerajaan negeri. selain itu, golongan india juga dipercayai kembali memihak kepada BN.

6)Dipercayai negeri selain yg dinyatakan di atas akan kekal menjadi hak milik BN namun dijangkakan setiap negeri tersebut sudah pasti akan ada kerusi yg jatuh ke PR tapi jumlah yg akan jatuh tersebut tidak dapat dinyatakan secara spesifik. Dijangka juga bahawa selepas PRU 13 tiada lg istilah simpanan tetap(Kubu Kuat) BN kerana setiap nengeri yg diperintah oleh BN waima sabah, sarawak, melaka, johor pasti akan ada kerusi yg akan jatuh kepada BN.

7)Secara keseluruhan, baik BN waima PR, masih tiada keputusan atau analisis yg tepat dapat mengatakan siapa yg akan menguasai Malaysia selepas PRU kerana masing - masing masih mempunyai peluang yg hampir sama dan terlalu banyak isu yg telah dimainkan semenjak PRU 2008. Namun, dipercayai PRU 13 ini akan menjadi PRU yg plg sengit dalam sejarah Malaysia kerana masih byk faktor yg mampu mempengaruhi keputusan PRU 13 kelak. Jd, tiada istilah berehat bagi kedua belah pihak dan tiada kemenangan mudah dalam memenangi PRU 13 kelak.


8)Tuntasnya, analisis hanyalah on the paper dan melihat keadaan semasa. tiada istilah analisis yg tepat dan sebarang kemungkinan mampu berlaku sepanjang tempoh hampirnya PRU 13. Namun analisis blh dijadikan sebagai kayu ukur sesebuah parti dalam menilai sokongan rakyat kepada mereka disamping mengkaji kelemahan yg mereka hadapi dalam meraih undi

admin akhir post ini dgn kata2 dari 1 analisis;
"Andai PRU 13 ini gagal untuk menukar kerajaan yang sedia ada, maka kita memerlukan 10 PRU lg untuk menukar kerajaan tersebut"


4 Feb 2013

Janji untuk Melayu & Islam

12 Jaminan PAS mengupayakan Melayu & Islam

1)Pas tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera
2)Pas akan terus mempertahankan kedaulatan Raja - Raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yg telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
3)Pas tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai cara hidup  sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu
4)Pas akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan ALLAH
5)Pas tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yg sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera
6)Pas akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yg berpaksikan keadilan Islam dgn jaminan saksama kpd kaum - kaum lain
7)Pas tetap memperjuangkan dasar - dasar affirmative yg berasaskan siapa yg berkeperluan (need based) sesuai dgn matlamat keadilan Islam
8)Pas akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yg bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan negara sehingga kepimpinan komuniti
9)Pas akan tetap mempertahankan Tanah - Tanah Rizab Melayu, tanah - tanah adat, kamung  - kampung tradisi dan penempatan -penempatan yg mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu
10)Pas akan terus mempertahankan warisan melayu selagi  mana tak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang
11) Pas tetap mempertahankan pendidikan vernakular yg telah memberi ruang kpd kewujudan SAR, madrasah dan sekolah pondok, di samping tak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan
12)Pas akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang


p/s:ini adalah janji PAS mengenai Melayu dan Islam....admin tunggu janji dari UMNO lak....untuk dinilai...smga UMNO lakukan janji dan nyatakan janji mereka seperti PAS lakukan untuk golongan pengundi menilai siapa yg ikhlas nak mempertahankan Melayu dan Islam...jdlah seperti diam - diam ubi berisi dan bukannya sekadar omongan kosong semata2 umpama tin kosong yg bising bila diketuk tapi isinya kosong!

2 Feb 2013

PRU 13






PRU 13 semakin menjelma
adakah kita dah laksanakan tugas kita yg pertama iaitu daftar mengundi?
sekiranya dah alhamdulillah dan sekiranya belum jgn menyesal di kemudian hari
kerana mengundi adalah hak anda dalam menentukan pemimpin masa akan datang
jgn bising la lau harga barang naik tapi anda xpernah mengundi
PRU 13 kali ni juga dijangka PRU plg kotor dalam Malaysia
bukan admin yg ckp tapi kajian antarabangsa yg ckp



tapi apa yg admin nak ckp bukan pasal ni
admin nak kita wat analisis mengenai pihak kerajaan and pembangkang
secara adil dan neutral
admin ulang secara ADIL dan NEUTRAL





kita mulakan dgn BN
mereka ada potensi untuk terus berkuasa
knp???
pertama mereka memegang tampuk pemerintahan
mereka telah melaksanakan pelbagai insentif seperti BR1M,BB1M dan pelbagai lg
mereka juga telah melaksanakan pembangunan demi pembangunan
mereka juga telah melaksanakan sebahagian dari Islam
mereka juga telah membawa Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan
pemimpin mereka juga telah melawat Palestin
menubuhkan beberapa Badan Siasatan Diraja
menyelesaikan beberapa masalah atau aduan rakyat
antara yg plg lantang bersuara dalam bab Kalimah ALLAH, dan beberapa lg
mendapat sokongan beberapa NGO
manifesto mereka xkurang hbtnya

TAPI
mereka juga menyebabkan indeks rasuah di negara mkin teruk setiap tahun
mereka juga antara pemimpin yg plg byk dikaitkan dengan rasuah dan kronisme
mereka juga menyebabkan harga brg mkin naik
mereka juga byk melakukan pembaziran
mereka juga menyebabkan Malaysia dapat top three dlm wang aliran haram plg tgi di DUNIA
mereka juga byk menyekat kebebasan media, demokrasi dan melakukan keganasan ke atas rakyat di atas nama keadilan





sekarang PR pulak
mereka telah mendapat mandat memerintah 4 negeri
mengikut laporan audit negara, ekonomi di 4 negeri ini semakin baik
hutang semakin berkurangan atau telah langsai
pelaburan semakin baik
lantang menyuarakan kehendak rakyat dan demokrasi
lantang menentang kezaliman atau kesilapan kerajaan
manifesto yg menarik minat golongan muda seperti mansuh PTPTN
menghidupkan kuliah2 agama



TAPI
mereka juga gagal menjawab beberapa isu dengan baik
mereka sering dikaitkan dengan pelbagai isu sepeeti kalimah ALLAH dan amanat Presiden PAS
mereka juga menampakkan seolah2 byk perkara berbeza pendapat
mereka juga menunjukkan seolah2 berlaku perpecahan
mereka juga mudah melenting
mereka juga ramai ahli yg lompat parti
mereka juga gagal memberi penjelasan yg efektif
mereka juga ada mslh pentadbiran dalam parti
mereka masih kekurangan dan pengalaman dalam mentadbir negara


kesimpulannya
Baik BN waima PR
masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2 kerana itulah sifat manusia
tapi kita haruslah memilih pemimpin yg nak membawa Islam
Islam yg sempurna dan bukan sebahagian je
kita juga harus pilih pemimpin yg mampu membaiki ekonomi kita di saat ekonomi dunia semakin meruncing
kita juga harus pilih pemimpin yg faham akan Islam dan bukannya mengaku mempertahankan Islam tapi dalam masa yg sama menggalakkan budaya hedonisme,gelaja kuning dan terus menerus memberi candu dunia kepada rakyat

kita juga harus pilih pemimpin yg nak laksanakan Islam dari segala aspek dan bukannya politik suku and agama suku( blh jatuh Kafir taw guna statement ni....bukan admin yg ckp tapi mufti zaman khilafah uthmaniyah yg ckp)

admin dah wat pilihan nak undi sapa....anda bagaimana?