28 Feb 2013

Analisis PRU 13

kata kata seorang teman ;"Setiap selepas 50 tahun sesebuah kerajaan memerintah, pasti akan berlaku korupsi dalam kerajaan berikut"



PRU 13 semakin menghampiri
bila - bila masa sahaja PRU akan diumumkan
namun kemungkinan PRU 13 akan dilaksanakan selepas cukup 5 tahun
dalam erti kata lain terbubar sendiri
so,jgn lupa trun mengundi
admin xblh mengundi PRU nt....blm cukup umur =)






baik....berbalik pada analisis menjelang PRU 13
terdapat byk analisis yg dilakukan dan tak tahu mana yg akan jd kenyataan
so, admin telah ringkaskan dan simpulkan beberapa analisis dari kedua belah pihak
barulah adil dan saksama


1)Populariti PM semakin merosot...terbaru merosot dari 63% ke 61%....antara beberapa faktor yg melanda adalah isu - isu yg melanda sepanjang kepimpinan PM kita...selain dari itu, tiada pengumuman tarikh PRU menyebabkan rakyat memikirkan perkara yg negatif selain terlalu yg isu yg melanda sepanjang kepimpinan beliau



2)Bilangan pengundi atas pagar meningkat sehingga 32% dan apabila ditanya responden mengenai parti mana yg akan dipilih,rata - rata responden akan menjawab "Undi adalah Rahsia". hal ini kemungkinan atas beberapa faktor iaitu mereka sudah muak dgn semangat politik kepartian dan hanya akan mengundi semasa PRU dan mengundi parti yg mereka rasakan mampu memberi kehidupan yg lebih baik. Golongan ini sudah tidak memperduli akan hal seperti skandal, rasuah, salah guna kuasa kerana muak dgn mainan politik kedua belah pihak

3)Melihat pada analisis yg dilakukan, KEMUNGKINAN KELANTAN DAN PULAU PINANG akan kekal pada PR tetapi mereka menghadapi cabaran yg getir dalam mempertahankan kedua negeri tersebut. Hal ini kerana isu -isu yg dimainkan menyebabkan PR menghadapi cabaran yg getir dalam mempertahankan tampuk pemerintahan mereka



4)Selangor pula dilihat masih dalam posisi 50:50 yakni kedua belah pihak mempunyai peluang yg sama rata. hal ini atas faktor rakyat negeri selangor yg mempunyai lebih akses media yg lain seperti internet dalam mengkaji isu yg berlaku dan keberjayaan kerajaan negeri selangor mentadbir namun atas beberapa isu yg dimainkan menyebabkan peluang yg dihadapi mereka sama rata oleh kedua belah pihak

5)Kedah dan Perak pula dijangka akan dikekalkan milik BN melihat kepada faktor golongan masyarakat terutama anak muda kembali memihak kepada BN walaupun Kerajaan Negeri berjaya mentadbir Kedah dgn baik sekaligus mengurangkan hutang kerajaan negeri. selain itu, golongan india juga dipercayai kembali memihak kepada BN.

6)Dipercayai negeri selain yg dinyatakan di atas akan kekal menjadi hak milik BN namun dijangkakan setiap negeri tersebut sudah pasti akan ada kerusi yg jatuh ke PR tapi jumlah yg akan jatuh tersebut tidak dapat dinyatakan secara spesifik. Dijangka juga bahawa selepas PRU 13 tiada lg istilah simpanan tetap(Kubu Kuat) BN kerana setiap nengeri yg diperintah oleh BN waima sabah, sarawak, melaka, johor pasti akan ada kerusi yg akan jatuh kepada BN.

7)Secara keseluruhan, baik BN waima PR, masih tiada keputusan atau analisis yg tepat dapat mengatakan siapa yg akan menguasai Malaysia selepas PRU kerana masing - masing masih mempunyai peluang yg hampir sama dan terlalu banyak isu yg telah dimainkan semenjak PRU 2008. Namun, dipercayai PRU 13 ini akan menjadi PRU yg plg sengit dalam sejarah Malaysia kerana masih byk faktor yg mampu mempengaruhi keputusan PRU 13 kelak. Jd, tiada istilah berehat bagi kedua belah pihak dan tiada kemenangan mudah dalam memenangi PRU 13 kelak.


8)Tuntasnya, analisis hanyalah on the paper dan melihat keadaan semasa. tiada istilah analisis yg tepat dan sebarang kemungkinan mampu berlaku sepanjang tempoh hampirnya PRU 13. Namun analisis blh dijadikan sebagai kayu ukur sesebuah parti dalam menilai sokongan rakyat kepada mereka disamping mengkaji kelemahan yg mereka hadapi dalam meraih undi

admin akhir post ini dgn kata2 dari 1 analisis;
"Andai PRU 13 ini gagal untuk menukar kerajaan yang sedia ada, maka kita memerlukan 10 PRU lg untuk menukar kerajaan tersebut"


No comments:

Post a Comment