4 Feb 2013

Janji untuk Melayu & Islam

12 Jaminan PAS mengupayakan Melayu & Islam

1)Pas tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera
2)Pas akan terus mempertahankan kedaulatan Raja - Raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yg telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
3)Pas tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai cara hidup  sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu
4)Pas akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan ALLAH
5)Pas tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yg sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera
6)Pas akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yg berpaksikan keadilan Islam dgn jaminan saksama kpd kaum - kaum lain
7)Pas tetap memperjuangkan dasar - dasar affirmative yg berasaskan siapa yg berkeperluan (need based) sesuai dgn matlamat keadilan Islam
8)Pas akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yg bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan negara sehingga kepimpinan komuniti
9)Pas akan tetap mempertahankan Tanah - Tanah Rizab Melayu, tanah - tanah adat, kamung  - kampung tradisi dan penempatan -penempatan yg mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu
10)Pas akan terus mempertahankan warisan melayu selagi  mana tak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang
11) Pas tetap mempertahankan pendidikan vernakular yg telah memberi ruang kpd kewujudan SAR, madrasah dan sekolah pondok, di samping tak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan
12)Pas akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang


p/s:ini adalah janji PAS mengenai Melayu dan Islam....admin tunggu janji dari UMNO lak....untuk dinilai...smga UMNO lakukan janji dan nyatakan janji mereka seperti PAS lakukan untuk golongan pengundi menilai siapa yg ikhlas nak mempertahankan Melayu dan Islam...jdlah seperti diam - diam ubi berisi dan bukannya sekadar omongan kosong semata2 umpama tin kosong yg bising bila diketuk tapi isinya kosong!

1 comment:

  1. janji umno terhadap kelantan kan dah ada? haha .. lumayan tu... hidup umno!!

    ReplyDelete