4 Jun 2013

Perbincangan Fitrah

1 persoalan yg sering ditimbulkan apakah yg dimaksudkan dgn perbincangan fitrah
Istilah ini selalu digunakan oleh admin sejak 2 menjak ini
sebelum kita mengulas lebih detail,
mari kita sama2 renung apa yg dimaksudkan dgn fitrah

"Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia.

Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu."



baik,
secara mudahnya fitrah ialah benda yg berkait rapat dgn kita
 and benda yg sentiasa ada dlm diri kita
benda2 fitrah ni memang xdpt dinafikan dari diri kita
jadi perbincangan fitrah bermaksud
perbincangan yg berkait rapat dgn kita
and perkara2 yg kita suka
contoh hobi, mknn, kawen, pengalaman,kenangan dll

adakah perbincangan fitrah salah?
semestinya tidak
hal ini kerana perbincangan fitrah
memang xdpt dinafikan ada kepentingan and sebahagian dari diri kita
jadi suka atau x,
nak atau x,
perkara2 fitrah tetap harus dibincangkan
supaya kita jelas halatuju kita
and mempunyai view yg lbh jelas dalam sesuatu perkara

tapi,
perbincangan fitrah harus dikawal
berpada2
kenapa?
hal ini kerana jika kita terlalu berbicara hal fitrah
khuatir kita akan dibuai dgn hal2 dunia
kita leka akan tujuan asal kita bg para pejuang
kita tersasar dari pemikiran yg kritikal dan kritis

mcm mana lak dgn istilah anaktirikan perbincangan lain?
anaktirikan perbincangan lain bermakna
mangabaikan perbincangan yg penting
tidak menitikberatkan perkara dasar
bahkan tidak berminat untuk membaca,
tidak mahu untuk mengetahui realiti dunia
tidak mahu bertukar pendapat mengenai realiti dunia masakini

ingatlah wahai manusia yg mengaku para pejuang
kita ada matlamat yg lbh utama
kita ada perjuangan yg lbh penting
kita ada perbincangan yg lbh utama
xslh melakukan perbincangan fitrah
tapi jgn sampai menganaktirikan perbincangan dasar perjuangan
menganaktirikan perbincangan isu semasa
menganaktirikan perbincangan masalah ummat

jika kita menganaktirikan perbincangan yg lbh penting
maka nantikanlah kehancuran yg akan berlaku pada zaman kita
nantikanlah generasi didikan kita yg leka dgn candu dunia
nantikanlah kemalapan sinar Islam
dan jgnlah mengharapkan kemenangan Islam akan berlaku
sedangkan kita antara punca Islam itu jauh dari jiwa para pejuang


p/s: sekian sahaja dari admin...segala salah silap tutur kata mhn diampun maaf dari para pembaca

No comments:

Post a Comment