"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus
Tarikh : 27/10/1987
Tempat : Malaysia
Orang Yang terlibat : PDRM dan Kementerian Dalam Negeri(KDN)
Punca Berlaku OPS LALANG REJIM MAHATHIR
- Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem
- Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
- Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.
- Pemimpin
- Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.
Ketidakadilan OPS LALANG 1987
Kronologi ringkas OPS LALANG 1987 |
Para pemimpin muda UMNO
seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi
Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka.
Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.
Perhimpunan di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang
Rais Yatim dari Semangat 46 turut hadir |
Dalam Ucapannya
Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah
mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras- Kajang.
Perhimpunan pemudaUMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku
Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran
Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan
melarikan diri' ke Australia.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimnpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahunUMNO
ke-41.
Walaubagaimanapun Prebet Adam, "telah menyelamatkan suasana" dengan berlakunya kejadian huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata rifle M16. Prebet Adam dikatakan mengamuk akibat tertekan dengan peristiwa kehilangan salah seorang ahli keluarganya.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang olehUMNO itu. Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan
mengumumkan di radio akan kejadian yang berlaku di Chow Kit. Berikutan itu,
perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam
Negeri.
Sebagai tindakan seimbang, pemimpinUMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin
lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya
diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia manakala Najib Razak yang
mahu memandikan keris dengan darah cina serta Muhamad Taib yang mahu mengupas
kulit limau tidak ditahan. (teruk bebenor org UMNO ni...orang lain punya kerja,kita yang dipersalahkan)
Perhimpunan pemuda
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimnpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun
Walaubagaimanapun Prebet Adam, "telah menyelamatkan suasana" dengan berlakunya kejadian huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata rifle M16. Prebet Adam dikatakan mengamuk akibat tertekan dengan peristiwa kehilangan salah seorang ahli keluarganya.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh
Sebagai tindakan seimbang, pemimpin
Operasi Lalang ini menimbulkan
kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan
dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih. Gambaran ini menjelaskan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan undang-undang draconian yang boleh dipergunakan mengikut selera sipemakai menahan seseorang tanpa bicara, sedangkan masih terdapat banyak undang-undang lain yang boleh menahan seseorang mengikut kesalahan yang dilakukan.
Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.
Malaysia telah mendapat kritikan di
peringkat antarabangsa pada ketika itu.
Ramai yang percaya ISA bertentangan
dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran
sendiri. Ironinya, Amerika Syarikat juga telah
mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo
Bay, Cuba.
Kesan Ops Lalang 1987
- 106 ahli politik
terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua
akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar
mingguan, The Sunday Star dan Watan.
- Antara tahanan ISA adalah:
Lim
Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar - Presiden ALIRAN
Karpal Singh - Timbalan Pengerusi DAP
Dato' Lim Kim Sai - Timbalan PresidenMCA
Chan Kit Chee - Ketua Perak
Kua Kia Song - Dong Jiau Zong
Lim Fong Seng - Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas,UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi PendidikanUMNO.
Chandra Muzaffar - Presiden ALIRAN
Karpal Singh - Timbalan Pengerusi DAP
Dato' Lim Kim Sai - Timbalan Presiden
Chan Kit Chee - Ketua Perak
Kua Kia Song - Dong Jiau Zong
Lim Fong Seng - Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas,
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan
- Kesan yang paling menarik minat tentang OPS LALANG 1987 adalah komen daripada beberapa pimpinan PAS dan DAP seperti Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan UMNO untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.
"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."
Komen Mat Sabu pula yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."
Kupasan yang lebih menarik blh didapati di http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/14263-rahmat-tersembunyi-operasi-lalang-1987
Sesungguhnya setiap yang berlaku dalam perjuangan menegakkan Islam pasti ada hikmah yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Jika kita tak dapat mengecapi hikmah itu sekarang, pasti generasi akan datang yang akan mengecapinya. Janji ALLAH itu pasti!
No comments:
Post a Comment