26 Nov 2012

Kebangkitan Mahasiswa 1971-1975


Prof Diraja Ungku Aziz;"Kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang ‘terpelajar’ dan ‘mencabar'".

 Politik perkauman antara mahasiswa boleh membahayakan kedudukan masyarakat dan penentangan oleh mahasiswa-mahasiswa terhadap 'establishment' boleh membahayakan kedudukan kerajaan. Perkembangan yang berlaku sebelum akta tersebut dilaksanakan jelas menunjukkan bahawa pihak pemerintah telah mulai merasa bimbang terhadap tindak tanduk sesetengah pihak yang ingin menjadikan universiti mengikut cita-cita perjuangan politik mereka.Walaupun setelah dilaksanakan AUKU pada tahun 1971 kegiatan mahasiswa adalah seperti biasa, malah lebih hebat dari sebelumnya. Selepas akta tersebut dilaksanakan, mereka masih cergas mengadakan demonstrasi serta menimbulkan berbagai isu masyarakat dan politik. Di antaranya yang bersejarah adalah"Demonstrasi Tasik Utara dan Baling" pada tahun 1974.        

 Gelombang Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60 an/ 70 an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hari nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat. Soal risiko dan cabaran yang bakal ditempuh adalah merupakan satu lumrah perjuangan dan sunnah dalam berjuang. Tidak dinamakan perjuangan jika hanya terlentang diatas katil, berdakapkan ‘bantal’ empuk, atau perjuangan dengan sajian makanan, ‘kontrak’ yang enak-enak mahupun perjuangan yang dihamparkan tikar merah yang mengharapkan nama dan kemewahan.

 Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada ‘konflik generasi’ atau generational conflict. Ini adalah berpunca daripada perasaan benci atau menyampah ‘generasi baru’ kepada ‘generasi lama’, yang disifatkan sebagai tidak bermoral, peradaban yang rosak, lapuk, penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan serta kotor. Istilah ‘Generasi di sini adalah sesuatu yang subjektif, dimana ia mungkin boleh merangkumi universiti, pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin masyarakat itu sendiri yang telah rosak peradabannya.
Pengharapan rakyat kepada mahasiswa jelas terpancar ditambahkan lagi puisi yang dinukilkan oleh Usman Awang (1967):

Dengan Buku di tangan kau nyanyikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah teluk gong
Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan Berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas
Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka

 Sajak ini yang dinukilkan oleh Usman Awang sebagai tanda hormat dan penghargaan beliau kepada mahasiswa yang pada ketika itu memperjuangkan isu Telok Gong. Tragedi yang sama juga berulang lagi 7 tahun selepas itu pada tahun 1974 yang mana selepas pilihanraya 1974 negara digemparkan dengan kenaikkan harga barang dan kejatuhan ekonomi termasuklah kejatuhan harga getah. Keadaan menjadi teruk apabila digembar-gemburkan dengan berita kebuluran yang berlaku di Kedah sehingga ada dikalangan rakyatnya yang terpaksa makan sejenis ubi kayu yang mengandungi racun. Oleh kerana itu didakwa berlakunya kes kematian walaupun ada sesetengah pihak menafikan dakwaan tersebut.

 Pada ketika itu PKPIM yang menaungi gerakan pelajar Islam telah menyatakan pandangan dan bantahan ke atas apa yang telah berlaku. Dalam sejarah gerakan mahasiswa, ini adalah merupakan gerakan terbesar yang pernah dicatatkan, dengan melibatkan hampir 10 000 orang mahasiswa, hampir 2000 orang mahasiswa ditangkap, dan tahanan ISA yang paling lama pernah dikenakan kepada mahasiswa. Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri telah ditahan selama 2 tahun. Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dirangka lebih awal iaitu pada tahun 1971, tetapi peruntukan undang-undang di dalam akta tersebut dikatakan tidak cukup ketat bagi mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu. Demonstrasi Baling adalah merupakan alasan oleh pihak kerajaan untuk meminda akta tersebut pada tahun 1975. Pada ketika ini segala pertubuhan mahasiswa adalah berdaftar dibawah universiti dengan meletakkan kuasa mutlak kepada Naib Canselor dan Menteri yang dipertanggungjawabkan. Mahasiswa dilarang sama sekali untuk terlibat dengan politik dan pertubuhan luar. Ini adalah merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah mahasiswa.

 Perjuangan mahasiswa ketika itu sentiasa bersama dengan penderitaan masyarakat bawahan yang miskin. Sebab itulah setiap kali mahasiswa mengadakan demonstrasi terhadap sesuaru isu penderitaan masyarakat sentiasa mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Dua peristiwa terbesar dalam sejarah perjuangan mereka adalah Perisriwa Tasik Utara dan Peristiwa Baling yang berlaku pada penghujung tahun 1974 telah mengakibatkan ramai pemimpin mahasiswa ditangkap dan juga kebebasan berpolitik mahasiswa juga dirampas melalui pindaan AUKU, pada tahun 1975.


 Kegiatan mahasiswa selepas pindaan AUKU,1975 jauh berbeza , dengan rakan mereka sebelum akta dikuatkuasakan. Malah ramai pula mahasiswa yang ingin menjadi pemerhati atau pengikut sahaja daripada menjadi pendokong kegiatan kemahasiswaan menyebabkan mereka kekurangan pemimpin yang berwibawa. Ini akan merugikan perkembangan negara di masa akan datang kerana ramai tokoh-tokoh ;politik, kerajaan dan swasta sekarang adalah terdiri dan bekas tokoh-tokoh pemimpin mahasiswa di zaman mereka.



 Kalau Peristiwa Baling 1974 menjadi kemuncak perjuangan mahasiswa, tetapi dalam peristiwa Tragedi Memali, Baling pada 19 November 1985 sukar untuk kita mencari suara-suara mahasiswa. Inilah "bahana" Akta Universiti yang berjaya menjajah pemikiran mahasiswa. Mahasiswa-mahasiswa dibawa leka dengan hiburan yang dinamakan dengan kebajikan seperti Pestaria Kebajikan, Konsert Kebajikan dan berbagai-bagai nama lagi.



 Pengajaran yang besar yang harus diambil daripada Demonstrasi Baling selain daripada keberanian mahasiswa menjadi juru bicara rakyat adalah iktibar adalah isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa ketika itu tidak bersifat ‘self centered’ yang berlegar disekitar isu dalaman dan isu yang remeh temeh. Tuntutan-tuntutan yang dikemukan adalah bersifat nasional menunjukkan kematangan mahasiswa di dalam berfikir. Jika dibandingkan mahasiswa pada hari ini, kebanyakkan adalah bersifat ‘inter-varsity’ yang berlegar dikalangan sebilangan kelompok yang lebih malang adalah apabila isu yang diperjuangkan adalah amat memalukan untuk dikata. Sebagai contoh perjuangan ‘Peti Ais’ di blok kolej atau perjuangan mengangkat satu-satu parti politik.

 Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang ditubuhkan sejurus selepas REFORMASI 98 adalah persis untuk mengekang perjuangan mahasiswa dikalangan MPP. Barisan kepimpinan MPP yang ada pada hari ini adalah hasil kotak minda yang dibentuk untuk memperjuang isu yang berlegar dengan kebajikan, seperti ‘bas tidak cukup’, water cooler tak ada’ dan sebagainya. Tidak menolak kepentingan isu ini demi kebajikan pelajar, tetapi ini bukanlah satu-satunya. Mahasiswa yang kemudiannya akan cenderung kepada materialistik yang melihat yang kepada kepentingan diri. Sudah tidak ada lagi suara-suara yang mampu untuk memberi harapan kepada rakyat dan negara.

 Menghayati sejarah bererti bukan disimpan di dalam peti muzium untuk kenang-kenangan, tetapi sejarah adalah coretan pengalaman untuk membina sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Mahasiswa seharusnya berasa jelek dengan perkataan ‘senyap’. Bersikap apologia dengan ‘Berdiam Diri’ dan ‘Berpeluk Tubuh’ melihat kecelakaan berlaku kepada Ummat. Kalau mahu diteruskan dengan sikap itu jangan sama sekali mengambil amanah sebagai mahasiswa. Kekuatan kepimpinan negara di masa hadapan adalah terletak ditangan generasi Mahasiswa pada hari ini. Jika mahasiswa yang dihasilkan hanya bersifat ‘Ayam Daging’ yang bersedia untuk disembelih pada bila-bila masa, pasti negara juga akan bersedia untuk dilapah pada masa akan datang.
  Diakhir tulisan saya, saya ingin meninggalkan persoalan apakah yang bakal kita lakukan apabila harga barangan dan petrol naik serta korupsi yang semakin parah dalam pentadbiran negara?



Ini adalah contoh risalah yg dikeluarkan pada 1974

RISALAH – Disember 1974
menegak kebenaran dan keadilan
DEMONSTRASI PELAJAR-PETANI
Berlakunya siri demonstrasi Petani-Pelajar baru-baru ini merupakan suatu perkembangan paling kritikal sejak Pilihanraya Umum Ogos lalu. Far Eastern Economic Rewiew (13hb Disimber,1974) menyebut: “Demonstrasi yang berlaku sekarang adalah bertujuan untuk menonjolkan dan mendedahkah masalah Kemiskinan luar bandar, harga barang yang melambung, inflasi, kejatuhan harga getah dan sebagai penerusan kepada "Perarakan Kelaparan" oleh pekebun-pekebun kecil di pekan Baling, Sik, Selama dan Changloon di Kedah bulan lalu.”

Pekebun-pekebun kecil mengalami kesukaran untuk mendapatkan sara hidup dari hasil torehan kebun-kebun getah mereka. Mereka berarak ke Pejabat Daerah Baling dan mereka telah diberi segantang beras. Ini adalah merupakan permulaan kepada demonstrasi yang lebih besar terdiri dari hampir 30,000 orang pada 1hb Disember. Pegawai pegawai kanan telah menyalahkan pihak pentadbiran Kerajaan Kedah kerana tidak mengambil tindakan lebih awal untuk mengatasi masalah pekebun pekebun kecil yang telah menjadi mangsa kenaikan harga barang dan kejatuhan harga getah." Seterusnya rencana tersebut mengulas, "Jelaslah bahawa tindakan alat-alat sibaran am menutup peristiwa yang sebenarnya berlaku di Kedah itu teiah menyebabkan pegawai-pegawai merasa selamat sehingga apabila tercetus demonstrasi di Kuala Lumpur yang menyebabkan terganggunya lalulintas selama hampir hampir tujuh jam itu telah memeranjatkan orang ramai."

Jam 9.45 pagi, 3hb Disember antara 3,000 hingga 4,000 orang pelajar dari berbagai Pusat Pengajian Tinggi tanahair (UM, IKM, ITM, iTK dan UPM) telah berhimpun diPadang Kelab Selangor, dengan membawa sepanduk-sepanduk yang menyuarakan tuntutan mereka. Beberapa orang pemimpin pelajar telah sempat memberi ucapan menerangkan Isu yang dibawa. Mereka telah mengemukakan 12 tuntutan:-

1. Dibatalkan dengan sertamerta Rang
Undang-undang Penambahan Elaun
Ahli-ahli Parliman dan Dewan Undangan
Negeri.
2. Dikuatkuasakan dengan segera satu
Rang Undang-undang Pengisytiharan
Harta Ahli-ahli Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.
3. Perletakan jawatan menteri-menteri
yang tidak menjalankan tugas untuk
kepentingan rakyat iaitu En. Khir
Johari dan Menteri Besar Kedah,
Dato' Syed Ahmad Shahabuddin yang
secara terbuka di hadapan rakyat Baling
pada 12/11/74 mengaku 'tidak
dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan
masalah penduduk Baling.
4. Dilaksanakan projek-projek dan peruntukan-
peruntukan kilat untuk pembangunan
luar'bandar bagi kawasan-kawasan yang ketinggalan dalam pembangunan.
5. Dimiliknegarakan setengah-setengah
syarikat asing yang selama ini hanya
memunggah kekayaan ke luar negeri
tetapi membiarkan anak negeri menderita.
6. Memberhentikan serta merta projek projek
yang membazirkan wang rakyaL
7. Mempastikan kecukupan barang-barang
keperluan, mengawal dan menurunkan
harga gula, tepung, minyak
tanah dan beras keparas yang munasabah
demi kemampuan rakyat luar
bandar.
8. Mempastikan kelicinan pelaksanaan
Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri
dengan menghapuskan penyelewengan
pentadbiran dan rasuah pada semua
peringkat.
9. Memastikan semua setinggan dan
buruh serta pekerja-pekerja kilang
mendapat pembelaan yang adil dan
berperi kemanusiaan serta mengambil
tindakan yang tegas terhadap majikan-
majikan yang mengambil kesempatan
mengeksploitastie naga pekerja
kilang, serta menjaminkan gaji pada
kadar minima yang munasabah.
10. Menubuh suruhanjaya yang bebas;
khas untuk melakukan penyiasatan
terhadap soal-soal rasuah yang kini
kiair menjadi-jadi.
11. Membahagikan tanah secara adil ke-
pada petani dan penduduk luar bandar
yang benar-benar memerlukan
dan bertekad untuk mengusahakannya.
12. Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Politik serta Wakil-wakii rakyat hendaklah berkhidmat
dengan jujur serta berhatihati-
dalam menggunakan amanah rakyat.

Perhimpunan pelajar-pelajar tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Pelajar-pelajar telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU telah mengepung 8,000 pelajar yang sedang berlindung di Masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata kearahnya. Ketika berada di dalam masjid pelajar-pelajar tersebut telah melaung-laungkan kalimat "ALLAHU AKBAR" dan beberapa kali mereka setelah mengalunkan azan. Sementara menunggu ketibaan waktu zohor mereka telah berzikir beramai-ramai selama kira-kira 20 minit. Setelah masuk waktu mereka telah menunaikan Fardzu Zohor secara berjema'ah .

Pihak FRU terus berusaha untuk memberkas pelajar-pelajar dan dalam operasi tersebut beberapa orang pelajar telah cedera. Akhirnya pihak FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang ,pelajar wanita dan membawa mereka kebalai-balai polis Sentul, BricKield dan Jaian Bandar. Pada sebelah malamnya mereka telah ditempatkan diPolis Depot Jalan Gurney. Pelajar-pelajar yang ditahan hanya diberi makan selepas 11.00 malam.

Ketika berada dalam tahanan pelajar pelajar tersebut dikatakan telah azan pada tiap-tiap kali masuk waktu dan menunaikan sembahyang dengan berjema ah secara bergilir-gilir. Kesemua pelajar-pelajar yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah pada keesukan harinya. Kesemuanya telah tidak mengaku salah" Mereka telah dibebaskan dengan dibenarkan menjamin diri sendiri sebanyak antara $200.00 hingga $300.00 seorang. Mereka akan dibicarakan antara Februari hingga April tahun 1975. Tangkapan tersebut telah tidak dapat menahan pelajar pelajar dari terus berdemonsttasi meskipun hanya terbatas dikampus-kampus sahaja, kerana dikawal ketat oleh FRU. Demo dalam kamous itu berjalan beberapa hari. Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia.

Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan pada pada 2.00 pagi hari Ahad 8hb Disember 1974. Polis telah menggeiedah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lainlain bangunanUniversiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Antara pemimpin pemimpin
pelajar yang ditangkap pada maiam itu termasuklah:-
1. Sdr: Abdul Rahman Rukaini- Yang Dipertuan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) merangkap
Yang diPertua Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).
2. Sdr: Idris Jauzi - Yang diPertua Persa-
tuan Kebangsaan Pelajar Pelajar Malaysia (PKPM).
3. Sdr: Ibrahim Ali - Yang diPertua Kesa-
tuan Siswa Institut Teknoloji Mara (KSITM)
merangkap Timbalan Yang diPertua
Antara Bangsa PKPIM.
4. Sdr: Mohd Shah Mohd Nor - Setia Usaha Agong
PKPIM.
5. Sdr: Hassanuddin Yeop - Timbalan Yang diPertua PMUKM.
6. Sdr: Basroh - Setiausaha Agong PMF
UKM.
7. Sdr: Ishak Jaafar - Naib Yang DiPertua
KSITM.
8. Sdr Mohd Hussain- Setiausaha Agong KSITM.

Beberapa orang pensyarah telah juga ditangkap di bawah Akta yang sama. Mereka termasuklah Tengku Shamsul Bahrain dan Dr. Syed Hussain Ali dari Universiti Malaya. Antara pemimpin-pemimpin belia yang ditangkap ialah Saudara Anwar lbrahim Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Nakha'i Haji Ahmad, Setiausaha Dakwah ABIM, dan Saudara Rarnli lbrahim Setiausaha Kebajikan ABIM.

Gerakan 2.00 pagi dan penangkapan-Penangkapan tersebut telah menggembarkan kalangan-kalangan tertentu. Beberapa buah badan telah membuat kenyataan-kenyataan menyesali tindakan tersebut. Antara badan-badan yang telah berbuat demikian termasuklah ABIM, MBM, dan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara Kamaruddin Mohd. Noor selaku Setiausaha Agung ABIM dalam kenyataannya telah mengutuk penangkapan keatas pemimpin-pemimpin ABIM dan mencabar kerajaan Malaysia supaya mengemukakan tuduhan terhadap pemimpin pemimpin ABIM yang ditangkap supaya mereka dapat dibela berasaskan orinsipprinsip keadilan undang-undang. ABIM juga menuntut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri supaya membebaskan mereka tanpa syarat.

No comments:

Post a Comment